Graduan yang bakal bergraduasi

Bismillah...

Dah masuk 3 bulan "graduate" secara tidak rasmi tetapi baru sekarang terasa nak menulis berkaitan "habis belajar".

Sekarang ni, common ayat bila terserempak dengan orang
"seronoknya dah habis.", 
"sambung belajar?", 
" tengah buat apa sekarang?".

dan jawapan common yang digunakan,
 "tengah jadi bibik di rumah.", 
"jadi surirumah sepenuh masa sekarang.",
"tengah mencari lubang-lubang kerja yang ada."

Keinginan untuk sambung Master tu bukan tak ada lansung dalam hati cumanya sebahagian kecil hati menolak untuk apply for master. Seronok bila dapat tahu ada beberapa classmates yang dah daftar masuk untuk master and currently preparing their proposal. Feel happy for them but for me? I don't know. 

Kerja? Aku tak mahu apply kerja yang bukan dalam minat aku. Bukan memilih kerja tapi aku lebih ke arah memilih jalan selamat so that nanti bila dah dpt kerja, aku buat dengan senang hati, tanpa ada rungutan. Kalau boleh aku nak elak daripada asyik merungut tentang kerja yang aku sendiri pilih. 

Setelah 3 bulan habis belajar tapi still belum dapat kerja. 
Dah teruk ke keadaan tu? Ke itu normal? 
Adakah aku kena beralih ke sambung belajar pulak? 


Comments

Popular Posts