Tepuk Dada,Tanya Iman



Kadang - kadang terfikir. Kenapa mesti kita memaksa dan dipaksa? Adakah ianya perlu untuk menghidupkan hati-hati yang sudah layu atau mati? Kenapa tidak kita dekati hati-hati itu dengan cara yang bukan memaksa? 

Cuba untuk melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan adalah sangat susah. Mencuba untuk melakukan sesuatu yang baru kadangkala memerlukan banyak aktiviti berfikir. Yes. Saya adalah seorang yang akan mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu selepas berfikir semasak-masaknya (kadang-kadang sampai hangit :-D). 

Tapi apakah keputusan yang kita ambil selepas berfikir itu betul dan sejajar dengan syariat? Adakah keputusan itu baik untuk kita? Di sini datangnya keperluan kita untuk merujuk kepada Yang Maha Pencipta. Dia lebih mengetahui segalanya. Baik yang lepas, sedang dan akan berlaku. 

Istikharah. 
Apa-apa pilihan atau keputusan akan dibantu-Nya sekiranya kita memilih talian hayat ini. Tapi berapa ramai yang betul-betul melakukannya? Adakah ia cukup sekadar ada di mulut dan perlakuan tetapi tidak di hati? Tanya hati. Istikharah yang pernah kita lakukan itu betul-betul mengharapkan bantuan daripada-Nya atau dilakukan sekadar melepaskan batuk di tangga? 

Soalan-soalan ini timbul secara tiba-tiba. Bukan mahu menyoal tetapi ianya terlintas tanpa diduga. 

Tanya diri. Macam mana dengan amalan diri? Adakah amalan-amalan tersebut cukup untuk mengatakan yang engkau adalah sebenarnya orang yang betul-betul beriman? 

TEPUK DADA, TANYA IMAN


Comments

Popular Posts