Ke Mana Menghilang Adab Kita?

Google

Hari ini terasa ingin menyentuh adab-adab kita sebagai seorang pelajar.

Seperti yang kita tahu, dalam menuntut ilmu atau berguru ada adab-adabnya.walaupun dengan rakan sebaya, sekiranya beliau ada mengajarkan sesuatu, beliau patut dihormati sebagai orang yang menyampaikan. Hal ini tak perlu kita ulas. Tapinya, berapa ramai yang praktis? Berapa ramai yang sedar wujudnya keberkatan ilmu sekiranya guru tersebut dihormati selayaknya?

Jangan kita mudah melampiaskan amarah hanya kerana beliau kurang menarik, tidak melakukan perkara yang mampu membuatkan pelajar fokus sepenuhnya, kelas beliau membosankan. INGAT. Beliau juga seorang manusia yang sama seperti kita TETAPI beliau juga punya pengalaman yang banyak daripada kita. Bukan caranya untuk mengkritis menggunakan media massa dengan mengatakan mereka ini tak menarik, tak aplikasi cara mengajar yang menarik.

Kita boleh memberikan cadangan kepada mereka untuk mencorakkan cara pembelajaran dalam kelas. Jumpa mereka secara direct. Jangan cakap belakang. Mereka pasti akan menghargai cadangan yang kita berikan (Insya-Allah). Jangan kita guna cara yang salah sehingga perkara yang kita lakukan itu mampu mengguris hati mereka. 

INGAT, 

Google

Google 

Setiap kali kita rasa ada perkara yang salah dalam proses pembelajaran kita, buat refleksi diri. Apa kita dah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan? Jangan terlalu mudah menunding jari. Lihat salah diri sebelum kita pandang salah orang lain (teguran untuk penulis sendiri). 

MARILAH KITA SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI BAGI MEMBENTUK DIRI MENJADI INSAN YANG LAYAK BERKHIDMAT UNTUK UMAT KELAK!

Google (Someone's blog)

p/s: tulisan yang dikarang untuk refleksi diri dan umum. 

Comments

Popular Posts