BOOKS TO BE READ
Dimulakan penulisan ini Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selesai sudah satu buku yang diusung sejak sekian lama, hampir sebulan lebih. Semua ni gara-gara exam, lab reports dan program (alasan).
Buku 'The Other Side of The Coin' is recommended to be read. Why? Tulisannya mampu manyentuh hati-hati pendakwah yang futur, hati-hati remaja yang kian menjauh dalam nikmat dunia dan hati-hati mereka yang merasa hatinya kian kosong kerana penuh dengan dosa dunia. Buku karangan Aiman Azlan dan Ameen Misran lebih menyentuh isu diri dan persekitaran. Common sense yang kian pudar dalam kalangan kita pon ada ditulis. Jadi, pada siapa yang terasa macam common sense dalam diri tu kian menipis, boleh la grab the chance untuk baca buku ni. Tak berat pon. Leisure reading ja.
Daripada asyik menonton cerita-cerita yang tak membina diri, apa kata luangkan masa untuk menyahut seruan "IQRA`".Mulakan dengan bacaan yang ringan sebelum berubah ke bacaan yang berat. Saya? Masih di takuk bacaan yang ringan. Dalam cubaan untuk berubah ke bacaan yang lebih berat tapi masih belum berjaya. Doakan ya.
Sekarang menyambung pembacaan dengan buku seterusnya which is 'ESC.', hasil tulisan Budak Tomato. Kenapa Tomato? Sila tanya penulis sendiri. Sekarang dah banyak orang tahu nama beliau. Gaya penulisan yang santai membuatkan orang attach dengan buku ESC. Sampaikan ada orang tu membaca buku ni sambil berjalan nak ke kelas, nasib baik tak langgar dinding or tiang. ish ish ish. Siapa la ye?
SO, next buku nak baca apa pulak eh. Buku Hamka dah dipinjam orang. hmmm. Mungkin buku 'Akal, Siapa Tuhan Kamu?'
Comments
Post a Comment