Hati yang ingin disentuh


Pernah aku rasa,

di hatiku sesuatu,
yang ku pun tidak tahu,
seolah kosong inginkan sesuatu,
sesuatu.



Lalu ku termenung,
mencari jawapannya,
agarku mampu tenang,
akhirnya ku menangis,
hatiku pedih.



Cuba kau bayangkan,
bayangkan dengan mata hatimu,
apa yang kau rasa?
terjatuh di dalam lubang yang sama,
berulang-ulang kali,
kau tetap tewas.

Hingga kini ku,
masih mencari jalan keluar,
ku buntu,
hampirku putus asa darimu,
namun apa guna andaiku hanya mengeluh?



Kerna ku sedari,
tuhan takkan pernah menzalimiku,
hanya ku yang menzalimi diriku,
Berilah jalan keluar..



Kadang menggeletar,
ku bersabar menahan, hatiku berdebar,
terseksa andai ketagih,
dengan dosa.



Cuba kau bayangkan,
betapa sakit hatiku ini,
menangis merintih,
ku mahu bebas tenang dan bahgia,
namun diriku seolah terpenjara..



Hingga kini ku,
masih mencari jalan keluar,
ku buntu,
hampirku putus asa darimu,
namun apa guna andaiku hanya mengeluh?



Kerna ku sedari,
tuhan takkan pernah menzalimiku,
hanya ku yang menzalimiku,
Berilah jalan keluar.



Ku menyesali akan kisah silamku,
kerna mencoba dosa,



namun ku takkan jemu 
usaha kembali padamu!



Ku yakini
ampunan ilahi



tersedia untuk ku kejari!



Berikan aku jalan keluar.



JALAN KELUAR adalah sebuah lagu tentang diri kita yang tercari-cari jalan untuk meninggalkan maksiat yang kita telah ketagih. Memang payah, namun percayalah, Allah takkan pernah menzalimi diri kita, dan senantiasa menawarkan keampunan untuk kita kembali padaNya!

Jalan Keluar - Rabithah

Comments

Popular Posts